CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Google
 

Thursday, August 20, 2009

Kenangan Itu

Sebelum korang baca lebih jauh lagi.... korang boleh tengok pics kat sini dulu....

Ya, sebenarnya bagi yang belum tahu, sebenarnya kin mempunyai seorang adik lelaki, seorang sahaja yang telah pergi meninggalkan kami....

malam sebelum pemergian arwah, mama sempat memanggil kin dan menyatakan isi hatinya... mama mengatakan hatinya berkata bahawa arwah akan pergi meninggalkan kami, hati ibu kan, setiap ibu bakal merasanya.... Malam itu 4hb September 2004.

dan minggu itu juga, mama & papa membelikan tilam baru utk arwah kerana arwah mengadu sakit badan. rasanya cuma beberapa hari arwah dapat merasa tido di atas tilam tersebut....

Arwah kehilangan berat badan mendadak kerana pemindahan sum sum tulang yang ke-3 dari Miss Elaine. Perubahan ini disebabkan hormon badan arwah berlawan dengan hormon badan penderma...

Paginya 5hb September 2004, arwah mengalami sesak nafas. jam menunjukkan lebih kurang kul 5.30am. Masa itu kami dikejutkan oleh mama agar bangun dan bersiap utk ke HUKM. Papa terpaksa mengangkat arwah kerana ketidakupayaan arwah utk berdiri lagi...

pagi itu mmg syahdu, arwah memandang kami 3 beradik dengan perasaan sedih. kami juga menjangkakan, sesuatu yg tidak kami ingini bakal terjadi.

Adik berkeras mahu mengikut kami ke HUKM, tapi atas larangan papa kerana adik bakal menduduki peperiksaan PMR. Hanya Papa, mama & arwah abang sahaja. Kin terpaksa menguruskan adik ke sekolah dan setelah selesai barulah kin berangkat ke HUKM.

Setibanya haku di HUKM, kin memandang Papa mama, tanpa sebarang kata, kin terus mendapatkan doctor bertugas untuk mengetahui keadaan abang.

docktor mengatakan yg tekanan darah abang jatuh mendadak. Kemudian, mereka terpaksa menghantarnya ke-tingkat 5. Masa itu, kin sempat bersama arwah didalam lift bersama 4org doctor.

Arwah dimasukkan kedalam bilik khas, keadaan arwah sungguh nazak tika itu. Kami tidak dibenarkan masuk kebilik buat sementara.

Lebih kurang 10minits kemudian, doctor pakar yg merawat arwah mengatakan yg arwah terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat.

masa tu hanya tuhan saja yg tahu hati kami, mama terduduk disatu sudut sambil papa tersandar didinding tanpa berkata sepatah perkataan pun...

Kin bangun lantas melihat arwah dari muka pintu. ya Allah, seksanya adikku.... masa itu Kin melihat doctor sedang cuba sedaya upaya menyelamatkan arwah... Baju arwah dikoyakkan untuk memasangkan wayar ketubuhnya dan nafas arwah sangat laju.

Dalam pada itu datang seorang doctor yg pernah merawat arwah sebelum ini menjelaskan sesuatu.

Arwah tidak dapat diselamatkan, sekarang arwah cuma bergantung pada mesin sokongan hayat. Doctor meminta kebenaran mama & papa agar tidak terus menyeksa arwah. Ada baiknya jika kami dengan rela hati melepaskannya...

Mana ada ibu sangat melihat anaknya seksa sebegitu, mana ada ibu yang sanggup menjadi pemutus nyawa bagi anaknya.

Tanpa sebarang kata atau tanda, doctor berugas memberhentikan mesin sokongan tersebut...

Akhirnya Abang pergi jua meninggalkan kami, setelah hampir 3 tahun berjuang melawan penyakit itu, kami sekeluarga terpaksa akur dengan pemergian arwah.....

Semoga Abang tenang disana...

9 comments:

n0n0n said...

iskk...sedih nye cerita akak...teringat lak kat arwah abg angkat dan arwah nenek....huhuhuh...tak sanggup nk tulis komen lg,nnt meleleh lak...apa2 pn al-fatihah utk mereka yg telah pergi....

Kaseh said...

mmg terasa sgt cerita ni kin.. ermm kita sedekah alfatihah byk2 utk arwah.. moga rohnya tenang disana....

ratna said...

alfatihah utk arwah..

Softtouch [Hanim] said...

mcm tu cite dia kin..sy benarnya mmg nak tanya tp takut terusik ati kin..xpelah kin ade himah disebaliknya...sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada dia

attyfir said...

sayu hati kty baca..al fatihah..utk arwah..

Leesa Liisa said...

al fatihah....

malinasiam said...

sedih aku bc nyer kin
moga roh nyer aman di sana
al fatihah

Lily @ Mama Iqa said...

bergenang jap sy bc cite akak ni..al-fatihah utk arwah..semoga rohnya aman sentiasa..

Elyn Sani said...

al fatihah........