CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Google
 

Saturday, August 15, 2009

Pergi Tak Kembali


Salam Jumaat Semua….

Ermm, semalam kita dikejutkan lagi dengan satu kematian yang sangat tak disangka. Vokalis kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri.

Kin juga amat mengenali beliau bukan sahaja dari lagu malah secara dekat. Cerita nie biarlah Kin dan DIA sahaja yang tahu. DIA yang Kin maksudkan adalah teman yang mengenalkan Kin dengan lagu-lagu dan sifat Arwah 7 tahun yang lepas….


Kin dengar berita pon agak awal dalam kul 11.45pagi dari Masviona. Mas YM kin, then kin pon cariks kesahihan berita nie.

Then keluar dalam Berita Harian Online, then betul lah berita yang kami terima…

Pagi nie, Kin dengar 3 lagu arwah yang diputarkan diradio. Intifada, Mentari Merah Diufuk Timur nyanyian bersama Amy Seach dan Pergi Takkan Kembali….

Aduh!!! Sereyes, menyentuh perasaan. Setiap bait-bait lirik amat memberi impak pada kehidupan kita…..

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan Sejahtera,
bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata ....
Yang pergi takkan kembali lagi


Ya, Pergi Takkan Kembali... Itu yang pasti...

Kebelakangan nie kita sering dikejutkan dengan kematian yang tidak disangka.. Semua berlaku tanpa sebarang tanda…

Pergi meninggalkan dunia meninggalkan segala harta dunia yang dipinjam sementara, yang tinggal hanya nama…

Al-Fatihah buat Ustaz Asri….


p/s:takziah buat family arwah

9 comments:

Kaseh said...

alfatihah utk arwah ustaz asri..

zai@umiaiman said...

al-fatihah untuk arwah..

attyfir said...

al fatihah...

Anonymous said...

Al-Fatihah.....

Saya pon terkejut jg dgr berita ni smlm ptg...
Mlm td tgk berita TV3...rasa sedih tgk keadaan beliau.
Yg paling terngiang dlm kotak ingatan ni bila arwah & rakan2 nye bertakbir Hari Raya dlm TV....sgt tersentuh hati ni...

Semoga keluarga Allahyarham Ust Asri tabah dlm menghadapi dugaan dari Allah ini..lbh2 lagi sudah hampir dgn bln ramadhan & syawal.....mmg syahdu...

Softtouch [Hanim] said...

sy dpt tau petang smalam..terkejut sgt..xdelah dgr takbur raya ;agi..dia mngaji,takbir & azan sgt sedap...alfatihah utk arwah

A.I said...

Al-fatihah..

:(

eedany said...

al-fatihah.

rapuhnya kehidupan kita, anytime ajer kita kembali kepadaNya.
(insaf sekejap)

puanrazma said...

al-fatihah utk ustaz asri
kematian mengajar kta erti keinsafan

Faizah_Haris said...

tak sangka kan....sedihnyer...suara bes lak tu....AL-Fatihah