CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Google
 

Tuesday, June 30, 2009

Iklan Japs



Nie sandal Aries'sya....


Kin baru beli semalam.....



Punca pembelian ini kerana Kin terlupa membawa sandal Aries'sya dan terpaksa mendukungnya sepanjang perjalanan.


Akhirnya kin tekad berhenti di satu kedai bernama STADIUM disini.


Main sauk jer, then bila minah nie pakai katanya sakit... Muahahahaha!!!! Lepas tu dia dah taknak pakai lagi, katanya ketat.


So Kin rasa haruslah sandal nie di let go sebelum hilang dipandangan mata.


Kin jual pada harga RM40 (nego)


Saiz US 9 (malaysian saiz sama kot)

Dibeli pada harga RM52.90 di Pavillion KL. Pakai hanya beberapa jam sahaja.....

Kalo berminat boleh email kin atau drop msg kat comment jer ya...


p/s: rasakan

Sila Jangan Rapat


Sebelum Kin pergi dengan lebih jauh, sila pastikan anda percaya bahawa entry ini ditulis sediri oleh tuan punya blog.....




Nie adalah pics sehari sebelum confrence. kami berdua dating sambil makan dalam kete. Kami ke TTDI coz MrHazizul perlu berjumpa dengan rakan niaganya....

Kin tak pegi, duduk dalam kete. Then we olls tapau Domino, lepak jap terus ke Sungai Wang.....

Kin ke Sungai Wang atas urusan suami isteri. Kami menjelajah setiap kedai dibawah nama......
I Need House... Kedai nie cuma untuk manusia yang berumur 18tahun ke atas sahaja. Pernah dengar kan....

Pada yang hebat dan arif, mesti pernah kan.... Kin pun baru tahu masa misi mencari sesuatu. Misi ini diketahui oleh seorang sahaja rakan blog, KAK WOS...Muahahahaha.....
Tapi jangan korang fikir stokin ini untuk Kak WOS ya anak-anak, cuma kejadian cerita ini juga diketahui oleh beliau.....

Ok,ok... Tahan nafas ya. Benda yang dicarik ialah stokin nie.....




Stokin ini bukan untuk dipakai untuk ke-tempat kerja dan bukan juga untuk berjalan meronda-ronda atau bershopping ya, tapi kegunaan stokin ini lebih kepada SUKAN.... Sukan apa??? Sila cariks dalam kamus sendiri....

Si pemakai bukan sahaja menantikan hari JUMAAT untuk sukan ini, tetapi bagi diri si-pemakai tiap-tiap malam adalah malam JUMAAT baginya.... Huahahahaha!!! Ayat nie adalah plagiat dari peminta stokin ini....

Tapi... Macam geli lak nak cerita lebih lanjut, kalo nak tahu sambungan kisah nie, korang baca comments nanti ya........


p/s: puas hati

Halooooo


Salam....

Hyeeee...

Banyak nak update.... Tapi belum berkesempatan nak buat semua...

Nak citer pasal confrence, pasal gathering, pasal Zoo dan pasal mc..

hehehehe!!!

Ok², knowing yang Cik Semput sering menerjah tatkala cuaca gini, Kin pun mengambil jalan mudah dengan mengikut sahaja arus kejadiannya.... hehehehe!!! Faham tak???

Sebenarnya, last 2 weeks, ramai rakan-rakan Kin yang mengadu sesak nafas, gatal hidung, asthma sedangkan Kin pada masa tu sihat sajer...


Ada jugak Kin terfikir, kalo ikutkan cuaca gini, Kin pasti alah. Tapi mengapa plak tiada sebarang tanda menunjukkan yang Cik Semput datang. Ada sorang kawan Kin tu sampai masuk hospital dek sesak nafas. Yang paling kesian, dia mengandung plak tu dan hampir bulan ke-7. Huhuhuhu... Kin pernah lalui dulu masa pregnant bulan ke-6... Semoga ko cepat sembuh Balqis.

So semalam tu memang dah kalah dan mengalah... Cik semput datang setiap 2jam, pergi clinic doctor cakap faktor cuaca.

Seharian tido dan rehat, petang tu hujan plak lagi.... Muahahaha.....

Kalo keluar rumah, hidung sure gatal punya... Sinus pun datang dengan package lah...

Kalo boleh Kin nak cerita pasal semua sekali sekarang jugak, tapi banyak benda kena buat. dahlah internet macam @#$%^&*... Errrr...


Insyallah, jap² lagi ada ya.....

Monday, June 29, 2009

1 World 1 Soul




click sini...

At the moment, Kin tak sihat. Hari nie mc.

Insyallah, Kin akan cuba update secepat mungkin.

Pada yang nak pics sila email syikin66@yahoo.com untuk arrange penghantaran cd.

Sampai ketemu lagi....


p/s: banyak lagi

Sunday, June 28, 2009

Walaweiiiii

Penat, ngantuk dan lapar.......

Dan sangat tergediks nak buat banyak-banyak entry.... Muahahahaha.....

Settle satu-satu dulu boleh...

Kita makan dulu yok!!!!

Tengah Malam Pagi

Salam Pagi Ahad.....

Yer, pagi Ahad. Masa Kin menaip nie pukul 2:07am... Betulkan, tak tipu....

Masa nie barulah siap segala macam benda nak dibuat. Penat tak tahu nak cakap, ngantuk sudah tentu....

Petang sabtu habis confrence kul 6.30pm. Sepatutnya boleh check out pukul 8.00pm tapi Kin banyak urusan yang nak dibuat.

Dari Lanai kul 6.30pm, sampai rumah terus cariks buah hati pengarang jantung Kin dulu, wohhhh, rindu macam nak pengsan. Peluk cium then lepak jap. MrHazizul masih belum balik dari class, dia pun bz sampai malam.

Lepas maghrib, Kin berdua dengan Aries'sya ke JJ Maluri. Beli barangan untuk portluck nie, sambil tu dah alang-alang shopping groceries untuk mama.

Lepas tu teman Aries'sya makan ice cream baskin robin. Then terus cariks hadiah untuk gathering esok....

Owhhh... kena tido nampaknya, esok nak bangun awal. MrHazizul masih belum balik, ermmmm... Nampaknya dia lagi bz dari Kin.

Anyway, pada yang akan bersama menghadiri gathering esok kita jumpa disana ya!!!!

Semoga ketemu lagik!!!!

Saturday, June 27, 2009

Perlu Kamu.....


Owhhh...


Sesungguhnya tanpa mereka, Kin sangat boring......


Baby,

Mummy tak boleh tido sayang. Dah hampir pukul 2.30am, mata mummy tak mahu lelap...

Mummy rindu nak cium kakak, nak peluk kakak......

Mummy sangat rindukan Kakak, hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang Mummy rasa sekarang.....



U
,

I pun rindo kat u jugak tau.... Kan best kalo daddy dan Aries'sya ada kat sini sekarang.....

Kin tak bisa hidup tanpa mereka....Percayalah....

Owhhhh.... sakitkan RINDU nie!!!!


p/s: cepatlah masa nie

Friday, June 26, 2009

Confrence

Kin baru balik dari Sogo. cariks barang sikit. Petang nie Kin akan menghadiri confrence sampai esok petang.

Maknanya malam nie Kin tiada dirumah.... Huhuhuhu...

I'm gonna miss my lil princess, Aries'sya....




So Kin gigih lunch tadi kuar pi carik barang untuk cinta hati Kin.

Kin belikan Aries'sya CD cartoon fav dia, Dora and Noddy... nampak plak yo yo, beli jer lah sekali... hehehehe!!!

Insyallah Ahad nanti, ada gathering dengan bloggers @ Tasik Titiwangsa. Bertemakan I World 1 Soul... Hope boleh jumpa ramai bloggers kat sana.

Then lepas tu cadang nak pi Zoo Negara bawak Aries'sya....

Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.

Malam nie Kin tido tanpa Aries'sya...Sob. sob..sob.....


p/s: aku bukan macam kau!!!

Astro


Citer nie takde gambar....


Hanya berbekalkan perasaan marah sajer....

Ok, kin sangat marah dengan Astro sekarang nie. Maksud Kin dengan vendor Astro. Ok, ingat tak citer nie. Kin dan MrHazizul memang nak pasang Astro yang ke-3 dalam rumah kami. Satu Astro untuk nanny, satu untuk MrHazizul dan satu lagi untuk Aries'sya.

Ahad lepas, Mama dah deal dengan satu vendor nak pasang on wednesday. Hari yang ditunggu tiba. Tunggu punya tunggu tak datang. Katanya tak sempat banyak pelanggan.

Ok, fine. Kita buat esok lah.

Kahmis, masih lagi tak datang. Katanya nak datang kul 6pm. Kul 7pm Kin call tanya katne, dia kata tengah pasang Astro rumah orang lain dulu. Maybe datang malam. Malam Kin tunggu tak datang.

Haaaa!!! Apa lagi, masa nie dah tak boleh sabar lagi. Kin call vendor tu, namanya Shamsul. Kata dia, dia dah pass semuanya kat cina yang nak pasang Astro nie, namanya Phang. Set decoder pun dah ambil. Kin pun call lah Mr.Phang nie, ada ker dia cakap yang dia masih tengah sibuk pasang Astro orang lain, banyak keje nak buat, tak tahu boleh datang kul berapa lagi.....

Cet!!! Kali nie Kin call terus Vendor punya manager, kasi hantam cukup-cukup.....

sakit betul hati kin. Lepas tu Mr Phang tu call kin tanya esok (Jumaat) kin ada rumah tak. Kin tak jawab langsung terus letak phone. Ko nak main-main kan, cakaplah betul-betul, ingat kita pasang Astro, bill percuma tiap-tiap bulan ker???

Kin terus call dengan Shamsul (Vendor) yang kin nak tahu, bila dan pukul berapa dia nak datang pasang sebenarnya...

Kalo susah sangat, CANCEL !!!! Habis cerita.... Sepantas kilat Shamsul minta izin call Kin semula dan set time dengan MrPhang akan pasang hari Jumaat, after 5.30pm.

Ok, kita tunggu kalo mungkir janji lagi tak nahas ko!!!!

Mau main-main ker???


p/s: jangan di-uji

Singgah Semenyih


Kami menghantar MIL pulang.... Dari kuang ke Semenyih hampir 2jam. Mangkuk punya jammed lah....

Nasib baik kete MrHazizul auto, kalo kete kecik akak maunya keras kejung kami laki bini dalam kete.

Rupanya, semua adik beradik MrHazizul ada dirumah. Makanan dah siap sedia, Kin tak makan pun coz hati meruntun-runtun mau pulang mejenguk sikecil ku....



Lapor ya bang????



Besar cap Gajah udang nie.....



Amboi, syoknya dia makan ya..... Lama plak tu, Kin duk bebel suruh lekas sampaikan SIL kin goreng ikan bilis boleh kan Kin tak sedar dah hangus......




Muahahaha bukan salah akak tau.... Akak pon tak tahu ikan bilis tu tengah berenang dalam minyak panas tu....

Jangan salah sangka, nie bukan keje akak.... FYI, akak pandai masak tau... AWAS ya anak-anak... Yer, yer sila menyampah tapi ini adalah satu kenyataan...

Kalo tak caya, ada beran kita masuk pertandingan masak- memasak..... Hehehehe!!!

Dari Semenyih kul 9.15pm, sampai Maluri ngam-ngam kul 10pm....




Terus hugh and kiss Aries'sya sampai lebam........

owhhhh... Rindunya..... hampir 12 jam mummy tinggalkan kakak.....

Mummy sayang kakak banyak sangat tau......


p/s: anugerah terindah

Thursday, June 25, 2009

Kisah itu

Berbalik pada cerita tertangguh....

Ya Kin memang penat, nak update tapi mata tak boleh bukak langsung...... Sangat pasrah okay...



Kin tiba tak lama selepas jenazah sampai lebih kurang 15mins.. Masa nie, mereka membawa jenazah keatas untuk tatapan terakhir ahli keluarga.....

Terus terang kin katakan, semenjak berkahwin dengan MrHazizul yang hampir mencecah 4 tahun, cuma sekali jer Kin berjumpa dengan arwah masa kenduri kahwin adik MrHazizul.....

Arwah orangnya peramah, even berjumpa sekali sahaja....

Lebih kurang setengah jam didalam, jenazah dibawa ke Masjid berdekatan untuk disembahyang kan dan kemudian dikebumikan.....




selepas tu, Kin dan MrHazizul keluar untuk mencari minum petang untuk tetamu... Kat area kuang nie, banyak gilr orang berniaga.

Kin berhentilah satu kedai nie, kawasan nya sangat bersih dan chantek. Langsung takde satu sampah pun.... Semuanya tersusun, siap ada tempat makan lagi.....


Harus ada gambar akak kan, NAPER tak boleh???? Saper berani saman letak gambar sendiri, meh sini... Hehehe!!! Emo sendiri....





Kami berdating berdua sambil makan nasi lemak sementara menunggu kakak yang berniaga nie mengoreng cucur pisang yang shedapppp....

Sambal nasi lemak nie power giler.....

Lepas makan, kami pulang kerumah... jamu tetamu makan. Malam nanti ada kenduri tahlil. Kin & MIL tak dapat tunggu. Kami terpaksa pulang...



Oh, itu adalah nenek MrHazizul.

Umurnya hampir 80 tahun. Dah tak gagah nak berjalan dan menghidap penyakit darah tinggi semenjak melahirkan anak ke-8. Mata pun dah tak berapa nampak.....

Nenek MrHazizul nie, kin selalu jumpa. Haruslah kan. Raya dan kenduri kendara harus ada.

Yang berbaju biru itu adalah MIL kin. MIL kin datang sendirian. Around 6.30pm kami pulang.

Oh ye, permergian arwah uncle sangat mengejut. Uncle mengadu sakit dada pada pagi selasa. Masa di klinik doctor menyarankan uncle mengambil ujian x-ray dan datang semula pada pagi rabu.

Pagi Rabu yang dijanjikan, seawal pagi uncle bersiap nak ke klinik untuk ujian x-ray. Sampai jer kat klinik, uncle rebah. Doctor mengesahkan yang uncle sudah tiada lagi dan paling mengejutkan, ujian x-ray tidak menunjukkan uncle mengidap apa-apa penyakit pun mahupun serangan jantung.....

Bak kata aunty iaitu isteri uncle dan jugak adik kepada MIL kin, uncle pergi dengan senang dan langsung tdak menyusahkan. Uncle tak pernah mengadu sakit apa-apa atau mengidap apa-apa penyakit pun sebelum ini.....

Inilah kuasa ALLAH SWT.... Yang sakit tenat, belum tentu akan mati dan kita yang sihat wal'afiat belum tentu akan hidup lama lagi..... Sementara Kita masih mampu bernafas dimuka bumi ini, hargailah segalanya dan berlumbalah untuk berbuat kebaikkan.....

Kerana jemputan untuk pulang belum tentu bersebab......


p/s: aku yang ketinggalan

Wednesday, June 24, 2009

Terima Kasih

Salam semua....

owhhh!!! Kin kepenatan. Hari nie half day emergency. Bapa saudara MrHazizul meninggal dunia pagi tadi dalam pukul 10am.

Sampai rumah, siap-siap terus ke Kuang. Menunggu jenazah tiba dari Jelebu, tepat pukul 4.15pm jenazah pun tiba. Bawa ke dalam rumah untuk tatapan ahli keluarga buat kali terakhir.

Selepas selesai solat jenazah, kami ke tanah perkuburan.

urusan selesai jam 6pm. Kin ke rumah nenek MrHazizul dan berkumpul disana. Kin tak boleh lama kerana Aries'sya ditinggalkan di rumah Nanny.

Dari Kuang, hantar MIL kin balik ke Semenyih. Jalan jam, perjalanan mengambil masa 2jam....

Dari Semenyih sampai Cheras tepat kul 10pm. Terus carik Aries'sya dulu. Rindu nya......

Kin sangat letihhhhh dan perlu berehat, esok perlu keluar rumah seawal pagi........

Insyallah, kalo semuanya dah okay, Kin cerita segalanya lagi disini... Terima kasih buat semua yang senantiasa sudi membaca blog Kin....

Semoga Arwah uncle ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga tenang disana. Insyallah.

AlFatihah......

Tiada tanda untuk dijangka, ianya pergi dengan pantas dan tidak diduga...Oh!!! Besarnya kuasamu Ya ALLAH...


p/s: pasrah dan sedey

LCD & DVD


Semenjak Aries'sya mengambil alih tampuk pemerintahan diruang tamu, maka kami semua terpaksa menyembunyikan diri didalam bilik menonton rancangan pilihan kami...

Mangsa yang paling tertekan adalah Nanny Aries'sya. Sian Nanny, asyik-asyik kena menonton bersama Aries'sya channel cartoon dan learning.....



So, kami suami isteri sepakat membeli tv baru. TV ini juga akan dibawa berhijrah kerumah baru kami kelak, Insyallah....



Dah alang-alang beli, beli terus yang berjenama seperti Nanny punya. LG LCD.



Bila dah ada tv, kena ada cabinet kan. Kebetulan Cavenzi ada sales, kami teros kesini.

Carik yang biasa-biasa ajer, janji dapat menampung keselesaan LCD nie.....



Nampak tu, siap pasang teros ON citer Barbie.....


Oh ye, kami juga beli DVD player nie. Murah dan sangat sesuai untuk kegunaan Aries'sya....

So lepas nie takyah gadoh dengan Nanny lagi.....

Aman!!!! Case closed!!!


p/s: tak sabar nak pindah

ID Perempuan


Seawal pagi Kin dah sampai
office.....



Pagi subuh, jalan tak jam langsung.... Alangkah seronoknya kalo setiap masa, tak kira pagi petang siang malam begini....

hehehehe!!!


Sempat jugak snap pics sendirik kan.... Tak kena saman kan???




Motif utaman nak tunjuk baju baru.... Muahahaha.... Sedikit masa dahulu, Kin kemaruk beli tudung ala Ekin, sekarang nie plak amukkan membeli baju siap, takyah tempah bagai....

Tinggal sauk jer kat badan.... Senang kan, takyah tunggu nak siap.....




Oh ye, kat Koperasi BNM ada menjual baju kurung siap berlabuci bagai.... Sangat chantek dan menarik....

Walaupon jual di Koperasi, konsepnya bukan beli dan hutang.... Beli dan bayar cash. Baju kurung tak boleh buat loan, kalo ada haruslah dirembat semuanya dan diloankan di Koperasi.... Muahahaha!!!! Cash & Carry gitu.....

Baju-baju nie berlebal kan jenama ID Perempuan. Korang boleh tengok dalam majalah perempuan keluaran bulan May dan June kalo Kin tak salah. Kat dalam tu boleh tengok pengasasnya seorang ibu tungal yang berjaya dan bekerjaya.... Syabas!!!




Dek kemaruk dengan baju-baju tu, Kin rembat 3 pasang. Tapi yang hijau sebelah kanan tu adalah jubah....

Jubah tu panjang sikit kena jahit sikit bawahnya supaya tidak kelihatan seperti baju pinjam... Muahahaha....

Kalo nafsu kuat boleh pakai time raya... Tapi kalo nafsu tidak terkawal, memang terus sauk pegi keje.....

Dan akhirnyaaaa........


p/s: nie tengah sabar nie

Adakalanya


Adakalanya kami tak sependapat...... Kami saling mencemburui antara satu sama lain...


Akibatnya.....

Lukisan yang mengambarkan betapa marahnya seorang mummy pada anaknya



Dan dibalas oleh anaknya yang tak mahu kalah ditangan mummy nya sendiri.... Muahahaha...



Masa nie kami dua beranak keboringan sambil menunggu MrHazizul pulang... Aries'sya plak sejak duk mengadap learning channels di Astro, dia semakin kreatif....


Bila dah terlebih kreatif, akhirnya begini jadiknya.....
Takpelah Kak, mummy pasrah sebab mummy pun happy dapat conteng muka kakak!!! Muahahaha!!!



Amik ko!!! Hehehehe!!!! Susah betul nak tanggalkan.....

Jangan salah anggap ya, gambar tu mmg ganas tapi takdelah sampai senget muka Aries'sya Kin kerjakan.... Eksyen jer lebih.... Naper??? Tak caya ek????



See.... Dah chantek anak mummy.....

Nak kiss sikit boleh???


p/s: mummy mencintai kakak

Happy Birthday Kak Wos


Happy Besday Kak Wos!!!!!




Selalu letak cake kan, kali nie Kin letak banana split kerana Kak Wos sukakan banana split!!! Muahahaha.... Ehhh!!! Bukan aku ker yang suka banana split nie....





Nielah Kak Wos, nama glamour yang terkini. Dahulunya Kak Piah, banyak sangat kontroversi nama tu kan Kak Wos.....


Nie lah muka besday gurl yang tak dapat menerima hakikat bahawa hari nie bertambah lagi setahun umurnya menjadik sweet sour 17..... hehehehehe....




Sebenarnya Kin dah janji dengan Yuva, teman seangkatan kak Wos di medan peperangan untuk bersama meraikan sehari sebelum besdaynya...

Takdelah sambut aper pon, cuma ajak makan dan borak jer. Tapi pompuan sengal ini dapat menghidu misi khas kami....

Ceh!!!! Tak surprise langsung......




Anyway, semoga ko panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu... Dan yang paling penting semoga berbahagia dengan rumah baru....

Eh, Ehhh!!! ada lagi, gate baru, kitchen cabinet baru, ada lagi....ermmmmm..... takpelah, takoot Kak Wos hempuk plak lepas baca entry nie......


Muahahahahaha!!!!

Ok-ok, ini serious....

Ros, semoga ko dipanjangkan umur, happy selalu dan berbahagia bersama family ko.....



p/s: sakit kaki

Tuesday, June 23, 2009

Boring


Salam U ollss.....

Hari nie hujan pagi kan..... Sangat scary coz gelap hamat masa otw...

Owhhhh...tis week Kin duty pagi. So seawal 5.45am dah bangun bersiap nak ke office. Ada ker yang lagi awal dari Kin...hehehehe!!! Haruslah kan, ada tu kawan kin tu duduk Labu, NS bangun kul 4.30am..... Huhuhu.... Pukul berapalah ko tido yer Mona......

Ok-ok, back to the story.... Gedebak gedebuk, sampai office kul 6.45am...Tapi pagi nie, takde signal pun dari rumah nak hujan. Sampai Masjid Jamek, sambil memandang ke arah BNM, awan gelap menandakan hujan mau turun daaaa....


Terus call Mrhazizul suruh siap-siap awal pegi keje coz tak pasal-pasal basah lencun nanti atas moto.... huhuhuhu....

Sampai office plak, rupanya masih gelap. Selalunya ada yang lagi awal sampai, tapi orang tu cuti seminggu plak..... So double gelap lah hari nie yaa...... hehehehe!!!

Boring dan ngantuk giler....


Tapi hatiku berdentam-dentum nak updated blog.... Boleh???


p/s: suker

Monday, June 22, 2009

Father's Day


Happy Father's Day to my lovely Papa and hubby, MrHazizul....


Sebenarnya tak plan pun nak celebrate coz Kin masih di-alam kesakitan. Selsema, sore throat dan sakit kepala masih lagi segar dan baru dibadan....

So ingat father's day nie nak wish-wish ajer......

Tapi bila fikir balik, kalo tido badan lagi lemah. Call Miss Jiejie dan plan sekali dengan Miss Elaine ajak lunch together-gather kat KLCC...

MrKuda, thanks ya coz sudi spend time dgn family kami dan sowyyy kaco kamu dating ya...



Hazelnut cake from Secret Receipe.... Thanks to Miss jiejie dan MrKuda coz sempat buat semuanya last minutes.

Thanks also to Miss Elaine coz terpaksa batalkan dating nya pada saat-saat akhir. Family comes first rit.... Huhuhuhu!!!



Ayah-ayah terbaik yang diraikan....

Disebabkan sangat last minutes, masa tunggu order kami pergi cariks hadiah..... Sempat belikan sehelai kemeja untuk Papa dan boxer untuk MrHazizul. Boxer ajer????

Hehehehe!!!! Oh ye, hadiah MrHazizul dah dapat awal ya pada hari jumaat lepas keje. Beli kat Sungei Wang, entry hadiah tu nanti-nanti ya....


Kami....


Makan Nandos lah...... Hehehehe!!!!

Sedap dan menyelerakan.... Kata tak plan, mana-mana pun okaylah... Lagipun semua suka jugak kan.... Hehehehe!!!

Pada Papa, terima kasih kerana membesarkan dan memberi kasih sayang secukupnya. Along hargai sangat.

To my lovely hubby, terima kasih juga kerana menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab pada kami berdua. Mummy dan Aries'sya sayang daddy banyak-banyak ya.....

Thanks to olls coz sangat pantas dan cekap dalam urusan last minutes ini. Esp to Miss Elaine, Miss Jiejie dan MrKuda..... U, MrKuda yang belikan you baju tu tau.... Thank you MrKuda aka MrZulhafek.

Semoga family kita bahagia selamanya........


p/s:ada yang dah nak kahwin ker....Lariksss!!!

Durian Kampung


Lepas MrHazizul rehat, kami pulang...


Sepanjang perjalanan, kiri kanan orang duk jual durian. Aries'sya kan pencinta durian, haruslah berhenti lagipun nie durian kampung, harus dibeli nie....



Durian kampung nie agak mahal sikit. MrHazizul kata isi dan rasa durian kampung nie lain sikit dari durian biasa. Durian biasa tu durian apa u???

Sekilo RM6. Kami beli 2 biji sahaja, RM30. Tawar sikit dapatlah RM25.

Dapat perjalanan balik, Kin dah rasa badan macam kurang okay. Macam nak demam plak... Maybe sebab berjalan seharian redah panas.

Balik jer terus kong!!!! Selsema, batuk, asthma dan sakit kepala datang secara package dan sekali gus....

Habislah.....


p/s: jangan sakit pleaseeee

Semenyih & UUM


Sampai Semenyih, on aircond terus zzzZZZZZ..... Bukan Kin ya tapi MrHazizul....


Selalunya sabtu bangun kul 2-3pm, tapi sebab sudah berjanji setia bersama mak nya haruslah bangun seawal pagi kul 8am..... Tulah sebabnya dia ngantuk!!!!



Wahhh!!! Syoknya tido kan.....



Aries'sya pulak pergi kaco daddynya...

Muahahaha!!! Bukan main suka lagi dia main hidung dan misai bapaknya.




Biasalah, kalo balik rumah atok wan nya, habis dipunggah segala macam.


Takpe-takpe kak, dah selalu sepahkan rumah Nanny sekali sekali sekala rumah tok wan apa salahnya kan....



Rumah tok wan asyik kemas ajer, sepahnya time anak cucu balik...

Bukan hari-hari kan!!!! Muahahahaha!!!




FIL kin yang semakin tembam.... Seronok dia tengok si Aries'sya duk snap pics dia....


Oh ye, Tahniah buat SIL kin Kak Chik aka Natrah coz dapat sambung Degree in IT kat UUM. Sabtu depan regsiter. Jauh gaban okay.... Good Luck Kak Chik, nampaknya kahwin kena postponed lah ya...

Insyallah, kami akan terbang bersama-sama menghantar Mak su Aries'sya ke UUM Sintok Kedah next week.


p/s: cuti lagi next week

Cosmic Silk Fashion Gallery


Kali nie misi mencari baju raya...... Ehhh!!! Kain nak buat baju raya lah..... I'm sowwwyyy....


Kami ke Cosmic Silk Fashion Gallery.... Tempat nie agak baru kot, dalamannya sangat chantik dan tersusun....



MIL kin memang nak cariks baju nak untuk hari raya.


Oh ye, MIL kin belikan menantu dan cucunya kain.... Hehehehehe!!! Tepat sangkaan saya. Alhamdulillah.... Rezeki-rezeki....

MIL kin pening sampai tak boleh nak pilih, apatah lagi Kin kan. Kin nie plak bukan jenis yang beli dan tempah, lebih senang beli dah siap..... Malas nak tunggu lagi. Tapi kali nie nampaknya kena tempah lah jugak.....

MIL : Syikin cariklah baju untuk syikin dan Aries'sya sekali, mak belanja....

Wah!!! Korang ingat Kin nak tunggu lagi, terus pusing satu floor. Tapi Kin masih didalam keadaan sedar, ambil sepasang corak yang sama untuk kami dua beranak.

MIL : Takkan satu jer, ambil lah lagi untuk syikin.....

Muahahaha!!! Itu bukan lakonan atau tambahan ya, itu adalah kisah benar.... Hehehehe!!! Tambah lagi dua pasang satu pilihan MrHazizul dan satu lagi MIL kin yang pilih....




Yang corak pink hitam itu untuk kami dua beranak. Oh ye, MIL kin tak beli untuk anak kesayangannya coz nak belikan yang dah siap saja, lagi senang kan.....

Yang kuning coklat tu MrHazizul yang pilih dan hitam tu adalah pilihan MIL.

Alhamdulillah.....

Dari kedai nie, we olls pi belasah Laksa utara yang sedap terlampau kat Pasar Malam Jalan TAR. masa tu around 3pm.

Dek cuaca yang terlalu panas, kami pusing kat area Jalan TAR sekejap sajer. MIL kin kesiankan Aries'sya. Oh ye, Aries'sya ketidoran sepanjang jalan coz kepenatan.

Pusing jap, then terus makan lagi kat Nasi Kandar Kudu.....Then terus balik Semenyih, insyallah next week kita orang repeat lagi. Energy untuk berjalan sudah kong......


p/s: ngantuk beb!!!