CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Google
 

Thursday, June 25, 2009

Kisah itu

Berbalik pada cerita tertangguh....

Ya Kin memang penat, nak update tapi mata tak boleh bukak langsung...... Sangat pasrah okay...



Kin tiba tak lama selepas jenazah sampai lebih kurang 15mins.. Masa nie, mereka membawa jenazah keatas untuk tatapan terakhir ahli keluarga.....

Terus terang kin katakan, semenjak berkahwin dengan MrHazizul yang hampir mencecah 4 tahun, cuma sekali jer Kin berjumpa dengan arwah masa kenduri kahwin adik MrHazizul.....

Arwah orangnya peramah, even berjumpa sekali sahaja....

Lebih kurang setengah jam didalam, jenazah dibawa ke Masjid berdekatan untuk disembahyang kan dan kemudian dikebumikan.....




selepas tu, Kin dan MrHazizul keluar untuk mencari minum petang untuk tetamu... Kat area kuang nie, banyak gilr orang berniaga.

Kin berhentilah satu kedai nie, kawasan nya sangat bersih dan chantek. Langsung takde satu sampah pun.... Semuanya tersusun, siap ada tempat makan lagi.....


Harus ada gambar akak kan, NAPER tak boleh???? Saper berani saman letak gambar sendiri, meh sini... Hehehe!!! Emo sendiri....





Kami berdating berdua sambil makan nasi lemak sementara menunggu kakak yang berniaga nie mengoreng cucur pisang yang shedapppp....

Sambal nasi lemak nie power giler.....

Lepas makan, kami pulang kerumah... jamu tetamu makan. Malam nanti ada kenduri tahlil. Kin & MIL tak dapat tunggu. Kami terpaksa pulang...



Oh, itu adalah nenek MrHazizul.

Umurnya hampir 80 tahun. Dah tak gagah nak berjalan dan menghidap penyakit darah tinggi semenjak melahirkan anak ke-8. Mata pun dah tak berapa nampak.....

Nenek MrHazizul nie, kin selalu jumpa. Haruslah kan. Raya dan kenduri kendara harus ada.

Yang berbaju biru itu adalah MIL kin. MIL kin datang sendirian. Around 6.30pm kami pulang.

Oh ye, permergian arwah uncle sangat mengejut. Uncle mengadu sakit dada pada pagi selasa. Masa di klinik doctor menyarankan uncle mengambil ujian x-ray dan datang semula pada pagi rabu.

Pagi Rabu yang dijanjikan, seawal pagi uncle bersiap nak ke klinik untuk ujian x-ray. Sampai jer kat klinik, uncle rebah. Doctor mengesahkan yang uncle sudah tiada lagi dan paling mengejutkan, ujian x-ray tidak menunjukkan uncle mengidap apa-apa penyakit pun mahupun serangan jantung.....

Bak kata aunty iaitu isteri uncle dan jugak adik kepada MIL kin, uncle pergi dengan senang dan langsung tdak menyusahkan. Uncle tak pernah mengadu sakit apa-apa atau mengidap apa-apa penyakit pun sebelum ini.....

Inilah kuasa ALLAH SWT.... Yang sakit tenat, belum tentu akan mati dan kita yang sihat wal'afiat belum tentu akan hidup lama lagi..... Sementara Kita masih mampu bernafas dimuka bumi ini, hargailah segalanya dan berlumbalah untuk berbuat kebaikkan.....

Kerana jemputan untuk pulang belum tentu bersebab......


p/s: aku yang ketinggalan

6 comments:

alfa juliet said...

kematian memamng menginsafkan kita...

J@J@ / Bini The Rock said...

Al-Fatihah.....

utk keluarga arwah

zai@umiaiman said...

sy setuju pendapat kin... moga segala2 sentisa menginsafkan kita semua

The Biggest Loser Team said...

alfatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. amin.

shahz said...

Bila kin lak nk insaf?

mummysya said...

alfa
betul. Kin pernah lalui dulu
sangat menyakitkan....

Jaja
TQ dear

Zai
insyallah, sama2 lah kita ya

TBLT
Insyallah, TQ dear

shahz
insyallah....
kin pun masih belajar tentang kebaikkan dunia untuk bekalan akhirat.

Apa kata kita sama-sama belajar, mungkin kita boleh sama-sama bertemu di syurga esok.

Btw, i'll take note on it ya.