Sambungan....
Ok, jenuhlah Kin nak menaip nie. Dengan mata ngantuk, Kin tido kul 4.30am, kul 6.30am dah kuar rumah gie keje.... Takpe2, dugaan bulan Ramadhan kan.
Semalam kan hujan petang lebat, membawa sampai ke malam. Since minggu nie Kin keje pagi, Kin asyik jer tak cukup tido. Memandang kan semalam takde apa-apa program hujan pun lebat, around kul 9pm Kin dan masuk bilik berdua-duaan dengan Aries'sya. Golek punya golek, Aries'sya dapat susu dan bantal busuk terus tertido....
Tetiba dalam kul 11.45pm Aries'sya kejut Kin, katanya nak pi kat Nanny kejap. Kin pun dukunglah dia pi bawak kat Nanny. Kin letak dia betul-betul tepi Nanny then Kin pon masuk bilik.
Sempatlah Kin letak kepala balik dan masa nak tarik selimut, Kin dengar bunyi jatuh yg kuat, sekali Miss jiejie menjerit " Papa, kakak jatuh, kepala berdarah'... knowing yg Kin pernah alami sekali dulu, Kin langsung tak kuar bilik sambil menjerit tanya "Aries'sya macamana?...
Bukan kin sengaja taknak kuar, dengan nama ALLAH SWT, hanya DIA saja yang tahu perasaan kin masa tu. Kejadian lepas benar-benar membuatkan Kin takut.
Then Kin kuatkan hati, keluar sekejap then terus nampak kepala Aries'sya yang berdarah depan pintu bilik Kin, rupanya dia nak masuk balik ke dalam bilik.
Kin masuk semula ke bilik, Kin dengar dari bilik jer. Masa tu bising, kecoh dengar suruh ambil kain lah, ais lah. Aries'sya plak tak henti-henti nangis. Yang kerumun Aries'sya masa tu Mama, Papa, MrHazizul, Miss Elaine & Miss Jiejie.
Dalam 5mins Kin pun gagahkan hati keluar ambil ambil kunci kete, start enjin. Masa tu Kin nampak kepala Aries'sya benjol besar dan luka. Kami berempat, Papa, Mama, MrHazizul terus ke Klinik berdekatan dahulu.
Sampai jer, memang rezeki kami. takde orang langsung. Terus masuk tanpa register.
Masuk jer, doctor kata nak dressing dulu. then baru tampal sofratulle. Doctor kata kena bandage satu kepala supaya darah tak kuar lagi. Masa tengah dressing, kami berempat duk tenangkan Aries'sya. Maybe dia pon takut masa tu.
Lepas cuci dan balut, Aries'sya dah berhenti nangis. Maybe dah rasa lega sikit kot. Doctor tak bagi bukak bandage sampai Jumaat supaya luka tak terbuka...
Selesai dalam kul 1.30am. Sampai rumah, Aries'sya dah okay sikit dah tak nangis. Alhamdulillah, Kin takut sangat masa tu kot-kot dia termuntah ker atau demam. Melayan kerenah dia yang merengek, kul 4.30am bru Kin terlelap.
Buat Aries'sya sayang...
Aries'sya, maafkan mummy sayang. bukan Mummy sengaja biarkan Kakak nangis tanpa mummy yang sepatutnya berada dekat sisi kakak, Mummy betul-betul takut. Mummy bukan sengaja atau tak sayang Kakak, sebab terlalu sayanglah Mummy takut nak tengok kakak menangis menanggung kesakitan....
Seperti ibu-ibu lain, kalo lah segala musibah yang menimpa anak-anak boleh diganti dengan diri sendiri, dah lama mummy minta gantikan pada mummy supaya biarlah yang sakit itu Mummy bukan Kakak sayang...
Alhamdulillah, sehingga kini Aries'sya dalam keadaan okay tanpa demam atau muntah. Terima kasih buat semua yang terus call dan sms malam tadi lepas baca entry Kin.
Insyallah, Kin akan cuba sebaik mungkin untuk tidak leka waktu menjaga Aries'sya, kin tak minta semua ini terjadi. Kin Pasrah dan bersyukur dengan dugaan yang diberikan...
Alhamdulillah.